Saturday, November 9, 2019

BBM3410Satu2019: Fotografi 5 & 6 (Flat Lay Kumpulan dan Individu)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.....

Saya harap kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan gembira di samping orang tersayang... Apa khabar tugasan semua, pita semua...huhu.. Apa cerita anda semua pada cuti sem..pasti seronok dan semua orang ada cerita cuti sem tersendiri...

Ini cerita cuti sem saya baru-baru ini... Pada cuti sem kali ini saya seperti tahun-tahun sebelum ini tidak dapat pulang di rumah.. Ini kerana saya ada komitmen lain di PALAPES UPM di mana kami ada kem berterusan selama seminggu... Pada kem berterusan tersebut kami ada latihan menembak yang bertempat di padang sasar Johor dan kami menetap di Kem 501 Wataniah , Ken Terendak Johor Bahru. Walaupun tidak dapat cuti di samping keluarga tetapi saya berasa gembira juga kerana PALAPES juga saya sudah anggap sebagai kelaurga kedua saya di sini. Kami banyak luangkan masa bersama di samping encuba pengalaman baru dalam menembak senjata bantuan. 

Tetapi, cuti kami bukan hanyalah cuti kosong sahaja tanpa tugasan... Tugasan tetap menghantui hidup walau di mana jua... Pada minggu tersebut kami diberi tugasan individu dan tugasan berkumpulan...Tugasan kumpulan tersebut adalah mengambil gambar Flat Lay makanan, benda, tumbuhan, minuman dan manusia. Setiap gambar hendaklah diambil dari 4 sudut yang berlainan iaitu Flat Lay, Half Flat Lay, Quater Flat Lay dan Zero Flat Lay.. Begitu juga untuk gambar flat lay makanan individu....Bagi tugasan individu kami disuruh mengambil sebelas gambar makanan dari empat posisi yang berkenaan.... Apa yang menariknya adalah kami mengambil gambar Flat Lay manusia di Kem Terendak tersebut pada malam hari...Kami terpaksa menebalkan muka semata-mata untuk mengambil gambar flat lay tersebut. Setiap kali hendak makan pastii kami mengambil gambar dahulu sehingga kadang-kadang orang sekeliling pandang pelik terhadap kami..huhu..perkara yang paling lucu adalah saya mempunyai fail khas untuk tugasan ini sahaja...hahaha


Gambar di atas menunjukkan fail flat lay makanan khas untuk kursus BBM3410...Pelbagai makanan yang telah di ambil dan yang penting semua makanan tersebut masuk ke dalam perut akhirnya...kenyang perut...

 

Gambar-gambar di atas merupakan gambar disebalik tabir untuk gambar flat lay manusia Flat Lay dan Half Flat Lay..  Gigih member ambil gambar sampai naik atas kerusi...hahaha
Waktu sedang bertugas juga kami curi-curi masa untuk mengambil gambar bagi memnuhi permintaan tugasan ahli kumpulan yang lain.. Berbaju loreng laaa kita bergambar..hihi







Thursday, October 17, 2019

BBM3410Satu2019: Tugasan Minggu ke-6

Assalamualaikum kalian semua, moga kalian sentiasa berada dalam lindungan-Nya.




Gambar-gambar ini diambil dalam minggu yang sama. Saya mengambil seberapa banyak gambar potret diri untuk mendapatkan shot yang paling menarik dan cantik.  



Gambar ini diambil sewaktu kelas seni lakon di Makmal Kotak Hitam, Sanggar Bahasa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Kami satu kumpulan beria-ria datang awalke kelas untuk mengambil gambar potret masing-masing sebelum due date..hahaha...Kebetulan dalam black box tersebut mempunyai props yang telah sedia ada untuk persembahan-persembahan teater di upm. Jadi kami tidak ketinggalan untuk menggunakan props tersebut sebagai latar belakang kami. dan akhirnya hasilnya adalah seperti gambar yang terpapar di atas...huhu





Gambar ini pula merupakan gambar yang paling berisiko saya ambil. Ini kerana saya mengambil gambar ini di atas jalan raya bahagian laluan penunggang berhadapan kolej kedua atau kini lebih dikenali dengan Kosass B. Sewaktu sesi penggambaran dilakukan banyak kenderaan yang lalu lalang dan terpaksalah saya menebalkan muka sebagai model di situ...hahaha...setiap yang lalu lalang pasti akan menoleh dan melihat kami seperti orang hilang akal dan budak-budak yang kaki selfie..Apa boleh buat..terpaksalah tebalkan muka dan buat tak malu untuk mendapatkan hasil yang terbaik..

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: ULASAN BAB 6 BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Assalamualaikum dan salam bahagia semua pembaca....

Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai pembelajaran blog di dalam kelas bahasa. Blog merupakan salah satu rangkaian sosial dan medium  komunikasi malah blog juga membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010). Blog ini boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari kehidupan seseorang dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Blog juga boleh menjadi satu medium yang berkesan terhadap pelajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam kehidupan dengan bermonolog di dalam blog. Namun begitu, pelajar kini yang membesar dengan kewujudan bahasa kedua menghadapi cabaran yang besar di mana mereka perlu memastikan setiap bahan bacaan yang dibaca dalam internet merupakan maklumat yang sahih dan terkini. Walupun penulisan blog ini tiada had penulisan tetapi pelajar hendaklah bijak dalam pemilihan kata yang sesuai supaya nampak lebih menarik dan kreatif.

Terdapat juga beberapa kajian mengenai blog oleh tokoh-tokoh barat dan pengkaji-pengkaji tempatan. Antaranya ialah Ferdig & Trammell (2004) yang telah mengemukakan beberapa garis panduan penulisan blog dan para penulis blog hendaklah memenuhi syarat-syarat menulis blog. Blog juga boleh menjadi blog pendidikan. Blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menawarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar(Williams,2004).


 Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) terdapat 10 cara menulis blog dengan baik iaitu:

  1.  tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
  2. cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca
  3. masukkan ayat-ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik
  4. memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda
  5. kaitkan penulisan anda dengan berita terkini
  6. gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
  7. dapat dibaca dan difahami
  8. dapat berkomunikasi dengan pembaca
  9. masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda
  10. berilmu untuk penulisan pendidikan

Kesimpulannya, hasil kajian lepas membuktikan bahawa blog memberi banyak kesan positif kepada pelajar antaranya ialah meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. blog ini juga sebagai wadah kepada pelajar asing untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menurut McLeod (2001) yang jelas blog membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memaha,i sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menjelaskannya kepada orang lain. 

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

SUATU KETIKA..........


Suatu ketika dahulu terbinanya sebuah rumah yang diperbuat daripada separuh kayu dan separuh batu. Maka, tinggal sebuah keluarga yang bahagia di samping anak-anak yang kian membesar. Segala kenangan pahit, manis, suka, duka tercipta di sana. Segala jatuh bangun keluarga ini lalui sama-sama. Itulah keluargaku. Satu-satunya insan yang paling berharga dalam hidupku. Zaman kanak-kanak kami lalui bersama-sama, bermain bersama-sama, makan bersama-sama dan tidur bersama-sama. Segala aktiviti dilakukan bersama sehinggalah wujud keakraban yang sangat kuat antara kami walaupun perbezaan usia antara kami agak jauh. Waktu zaman persekolahan berlalu dengan pantas sekali. Rumah kian sunyi kerana sorang-sorang pergi melanjutkan pelajaran dan ada yang bekerja di luar. Tinggallah kami berempat sahaja mendiami rumah tersebut. Hanya keletah kami berdua yang menceriakan suasana rumah tersebut. Namun apabila giliran kami pula yang melanjutkan pelajaran di universiti, rumah itu sunyi sepi. Tetapi nasib baik keluarga kakak sulungku ada tinggal bersama orang tuaku. Jadi tidak khuatirlah kami kerana makan minum orang tuaku terjamin. Oleh hal yang demikian, setiap kali cuti semester kami akan cuba untuk pulang ke rumah untuk melepaskan rindu yang terkumpul di dada untuk meluangkan masa bersama orang tuaku. Keadaan rumah kini tidak lagi seperti dahulu tetapi kini rumah itu diceriakan dengan gelak-tawa anak buahku sahaja. Jauh dilubuk hatiku sangat rindu keadaan seperti dahulu di mana  kami adik-beradik gelak-tawa bersama, usik-mengusik dan bermain bersama. Tapi semua orang meningkat dewasa dan mempunyai tanggungjawab masing-masing. Jadi aku tidak salahkan mereka dan aku tetap gembira berada di samping kelaurgaku lebih-lebih lagi apabila musim-musim perayaan atau cuti sekolah. Bak kata peribahasa " AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS".. Aku sayang keluargaku. Rumahku syurgaku.......










Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum pembaca semua, diharap kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Hari ini saya akan berkongsi tip belajar dengan mudah bersama kalian yang dikasihi.

TIP BELAJAR DENGAN MUDAH


1. Memanfaatkan kemahiran mengingat

Setiap orang mempunyai kemampuan mengingat yang tersendiri. Salah satu cara yang mudah bagi ingat pelajaran yang diajar adalah dengan membuat nota-nota ringkas mengikut kekreatifan sendiri. Nota-nota yang dibuat secara warna-warni akan membantu fungsi otak kiri dan kanan bekerja dengan aktif. Hal ini mampu menguatkan daya fikiran seseorang. Tambahan lagi nota-nota penting tersebut hendaklah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat supaya setiap kali kita nampak nota tersebut lalu kita boleh membacanya dan mengingatnya. Penggunaan kaedah akronim dalam nota dan gambah rajah amatlah membantu daya ingatan kerana otak lebih tertarik dengan gambar-gambar berbanding tulisan semata-mata.


2. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri.

Waktu-waktu yang sesuai untuk belajar adalah sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi, selepas membaca al-Quran/berzikir/berdoa dan selepas beriadah. Hal ini kerana keadaan otak kita berada dlam keadaan yang segar dan mudah menerima hafalan-hafalan nota yang dibaca. Kita juga hendaklah mengulangkaji dengan secepatnya dan secara ringkas. Hal ini kerana 80% apa yang kita belajar akan dilupakan selepas proses pembelajaran berlaku. 



Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Prestige Production)

Bird's Eye View (3 Gambar)





Pemandangan sebagai seekor burung di malam hari yang berterbangan bebas di awan. Ini merupakan pemandangan dari atas dan jelas ketinggian bangunan apartment yang didiami manusia. Di situ jugalah tempat istirahat manusia setelah penat membanting tulang di siang harinya. Keindahan pemandangan ini diserlahkan dengan warna-warna lampu neon yang berwarna-warni menerangi bandar tersebut.  


Pemandangan menghijau memenuhi pemandangan seekor burung yang sedang berlegar-legar mencari sumber makanan di siang hari. Kehijaun yang tumbuh membantu memudahkan haiwan berteduh dan mencari sumber makanan untuk menyambung kelangsungan hidup. Melalui pemandangan ini juga dapatlah kita mengagumi kebesaran Allah SWT. 




Gambar ini menunjukkan kepesatan pembangunan yang berlaku di Kuala Lumpur. Bandar tersebut pesat membangun debgan pelbagai infrastruktur dan kemudahan awam. Hal ini juga menunjukkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan menuju ke arah negara maju. 

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Prestige Production)

Over The Shoulder (3 Gambar)



Tugu kereta kebal tersebutlah yang menjadi kebanggan dalam diriku sebagai mahasiswa UPM. Ini kerana itu adalah kolej yang kubangga-banggakan iaitu Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Kemudahan yang disediakan pihak pengurusan amatlah memudahkan urusan saya sepanjang di UPM ini. Jasa dan bakti pihak pengurusan tidak akan dapat saya lupakan walaupun setelah saya sudah tamat pengajian kelak. 



Hanya insan terpilih dan kuat mental serta fizikal sahaja yang mampu jejak kaki di kawasan di atas. Di atas merupakan pemandangan dari hadapan Markas PALAPES UPM. Tempat inilah di mana saya menghabiskan waktu hujung minggu bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kami tetap bertahan dan masih akrab antara satu sama lain walaupun sudah ditauliahkan. Kenangan pahit manis telah terukir bersama dalam markas ini dan pastinya saya takkan lupakan seumur hidup saya. 



Pemandangan kolam di Bukit Ekspo menjadi tempat tumpuan pengunjung yang mengunjung di sana. Hal ini kerana bukan sahaja pemandangan yang menarik sahaja tetapi terdapat juga satu kehidupan lain yang mendiami kolam tersebut juga iaitu ikan-ikan yang hidup terbiar berenang-berenang bebas. Ramai pelajar menghabiskan waktu senggang di sana dengan memberi ikan-ikan tersebut cebisan-cebisan roti bersama rakan-rakan tersayang.