Thursday, December 19, 2019

BBM3410Satu: Instagram Minggu 9 (Keredaan dan Ketenangan)

Assalamualaikum wbt,

Masuk minggu ke-9 iaitu bulan konvokesyen. UPM, Serdang tidak ketinggalan menyambut atau  meraikan pelajar-pelajar yang baru sahaja bergelar graduat. Namun begitu, Prof kesayangan kami juga tidak ketinggalan meninggalkan kami dengan tugasan-tugasannya. Kali ini saya diberi tugasan untuk mengambil gambar-gambar yang menggambarkan keredaan dan ketenangan. Pada saya kedua-dua perkara ini amat penting dalam menjalani kehidupan sekarang. Iini kerana dalam kemerosotan ekonomi yang di alami kini dan situasi sekarang yang semakin ramai pesaing dalam segala urusan amat memerlukan keredaan. Setiap kerja yang dijalankan dengan keredaan pasti akan mendapat keberkatan dan apabila terlalu serabut atau tidak boleh menangani masalah yang mendatang, maka kita perlukan ketenangan pula. Tidak semestinya mahukan ketenangan perlu berlabur wang ringgit yang tinggi seperti bercuti..Kita juga boleh melihat pemandangan indah dan alam sekitar dan tentunya ia akan menyejukkan mata malah hati kita...Jadi berikut adalah muka-muka keredaan dan ketenangan saya...Mari kita saksikan...





Sis mengenang nasib jauh panjang nun sanaaaaa.....tapi sis reda dengan ketentuan-Nya.....Pasti ada hikmah semua ini berlaku.......




Biru sungguh air di hadapan hamba ini....sebiru baju hamba...tenang je....damai je..sejuk mata memandang...

No comments:

Post a Comment