Assalamualaikum teman-teman...Apa khbar? Diharap kalian semua baik-baik sahaja....
Hari ini saya mahu berkongsi sedikit mengenai satu buku hebat..Apa itu?? Ianya adalah buku Eh!!! Media Sosial...Buku ini mengandungi lapan bab..Bab 1 adalah berkenaan .gambaran keseluruhan mengenai media sosial. terdapat juga diselitkan etika dalam media sosial dan mengapa media sosial digunakan dalam proses prngajaran dan pembelajaran bahasa. Media sosial penting kerana untuk kebiasaan, aktivitiluar kelas, kebebasan, interaksi penting dan sumber informasi yang sahih. Seterusnya, bab 2 pula memperkenalkan twitter dan trend terkini. Dalam bab ini terdapat kajian tentang twitter, metodologi dan hasil perbincangan. Namun begitu, turut diselitkan sekali cara-cara membuat akaun twitter. Hasil perbincangan mendapati bahawa twitter ini mudah diakses, pantas, efisyen dan mendapat informasi terkini. Jelaslah bahawa twitter ini memberi impak yang positif kepada pengguna sekalian. Selanjutnya bab 3 puula mengenai facebook masih digunakan. Dalam bab ini terdapat kajian tentang facebook dan cara untuk membuat facebook. Didapati bahawa facebook merupakan satu alat yang berkesan untuk pelajar berinteraksi antara satu sama lain. Di samping itu, bab 4 membincangkan mengenai instagram menyeronokkan. Dalam bab ini juga diselitkan kajian mengenai instagram dan cara untuk membuat instagram. Ramai yang meminati instagram kerana ianya sederhana dan ringkas malah terdapat gambar serta caption yang menarik. Selain itu, bab 5 pula mengnai e-mel masih popular pada masa ini. Kajian mengenai e-mel juga turut diselitkan dalam bab ini dan cara membuat e-mel juga ada. E-mel digunakan untuk memotivasikan pelajar dan berkomunikasi secara semula jadi. Bab 6 pula membincangkan mengenai blog dalam kelas bahasa. Bab ini juga turut menyelitkan kajian mengenai blog dan cara membuatnya juga. Dalam bab ini juga turut disertakan dengan 10 cara menulis blog dengan baik. Tambahan lagi, bab 7 pula membincangkan mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Bab ini menyenaraikan teori dan literatur serta hasil perbincangan. Hasil perbincangan sarjana mendapati isu yang paling mendapat respon adalah isu penggunaan bahasa dan struktur ayat dalam rangkaian sosial. Akhir sekali bab 8 iaitu mengenai implikasi pedagogi. Bab ini memasukkan peranan sebagai guru dan pelajar serta susunan pelajar. Implikasi buku ini adalah memberi peluang kepada pelajar pembelajaran bahasa secara spesifik, meningkatkan kefasihan pelajar serta menambah baik prestasi pelajar dalam bidang akademik mahupun bidang sosial.
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
Penulis: Prof. Dr. Noraien Mansor dan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Harga buku: RM60
No comments:
Post a Comment