Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Hari ini saya akan berkongsi mengenai sebuah buku hebat. Bahasa yang digunakan oleh seseorang atau kumpulan dalam bentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan adalalah wacana. Buku kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019) telah menawarkan pelbagai teori pendekatan yang berkaitan dengan wacana kepada para pembaca. Terdapat tujuh bab dalam kandungan buku ini. Dalam bab 1 buku ini membincangkan mengenai kajian-kajian wacana yang telah dilakukan oleh pengkaji dalam mahupun luar negara. Setiap pengkaji mempunyai tafsiran wacana yang berbeza-beza mengikut pendirian masing-masing. Walaupun berbeza-beza pentafsiran namun dapat disimpulkan bahawa pemahaman terhadap sesebuah wacana akan lebih difahami tujuannya dengan huraian yang lebih terperinci dan teliti. Seterusnya, bab 2 dalam buku ini menerangkan mengenai teori dan pendekatan wacana oleh beberapa orang pengkaji. Terdapat empat teori analisis wacana telah diselitkan dalam bab ini. Antaranya ialah Brown & Yule (1983), Stubbs (1983), Kritis anDijk (1977) dan Normaliza Abd Rahim(2019). Setiap teori dan pendekatan telah dihuraikan dengan teliti dan terperinci supaya boleh diguna dalam analisis data yang diperolehi. Sebagai contoh teori vanDijk (1977) telah membahagikan wacana kepada bebrapa elemen iaitu makro, mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana aman dan kawalan pemikiran. Selanjutnya bab 3 menerangkan mengenai analisis wacana tekstual dan ujaran. Dalam bab ini diselit juga beberapa cerita sosial mengenai Alim, Jiran Alim, Datuk dan Nenek serta Alim sakit. Setiap cerita dianalisis menggunakan teori wacana dan dihuraikan dengan lebih terperinci mengenai teks tersebut. Di samping itu, bab 4 pula menerangkan mengenai strategi komunikasi. Terdapat beberapa strategi yang telah dikongsikan oleh bebrapa orang pengkaji terdahulu. Antaranya ialah Weber & Grauer (2019), Zerfess et. al (2018), Nothhaft et. al (2018) dan sebagainya. Antara contoh tafsiran strategi komunikasi ialah satu idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima dalam pelbagai situasi dan keadaan (Winkler & Etter, 2018). Selanjutnya, bab 5 membincangkan mengenai taksonomi dan pendekatan strategi kominikasi. Menurut Normaliza Abd Rahim (2018e) pendekatan strategi komunikasi terdapat enam belas pendekatan dan pendekatan-pendekatan tersebut juga turut merujuk hasil kajian pengkaji dahulu. Tambahan lagi, bab 6 pula menyentuh mengenai analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Bab ini membincangkan mengenai strategi komunikasi iaitu singkatan pendekatan, persoalan, penafian, pengulangan dan sebagainya. Akhir sekali bab 7 membincangkan mengenai cadangan kajian akan datang. Bab ini membincangkan kajian yang akan dilakukan pada masa akan datang iaitu bahasa isyarat. Rumusannya, buku ini amat bermanfaat untuk pembaca semua dan banyak ilmu yang dikongsi juga malah buku ini semestinya akan memberi implikasi yang baik terhadap pembaca dengan ilmu yang baru.


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

Harga buku: RM 20.00




No comments:

Post a Comment