Saturday, November 9, 2019

BBM3410Satu2019:Fotografi 2,3 & 4 (Pemandangan, Potret, Swafoto dan Simpulan Bahasa)

Assalamualaikum semua....Apa khabar??

Saja ja nak bagitahu... subscribe la prestige production...Di sana terdapat banyak video-video menarik hasil karya kami sekumpulan.. Diharap video-video berkenaan dapat menggembirakan hati taun hamba- tuan hamba yang melihatnya...Semoga terhibur dan selamat menonton...hihihi




Gambar di atas menunjukkan kumpulan Prestige Prodction sedang berbincang untuk membuat tugasan 4 di mana kami perlu mengambil gambar swafoto yang menarik.. Gigih kami berpanas tutup cahaya mentari supaya dapat hasil gambar yang cantik...Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi mempunyai banyak tempat menarik untuk mengambil gambar.. Ini kerana keunikan rekaan seni bina yang terdapat di sana dan keadaan suasana kampung juga terdapat di sini....Marilah beramai-ramai berkunjung ke FBMK...Kalau bukan kita yang promote fakulti sendiri, siapa lagi yang mau promote..hihi



Inilah kumpulan Prestige Production yang sama-sama susah senang dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan.... Gelak tawa bersama sehingga hubungan kami menjadi begitu rapat antara satu sama lain...Moga hubungan ini akan kekal sampai bila-bila...







Dua gambar di atas merupakan gambar disebalik tabir semasa hendak membuat fotografi 4 iaitu video berkenaan simpulan bahasa..  Gambar pertama menunjukkan gambar simpulan bahasa ulat buku dan gambar berkenaan diambil semasa kelas tutor En Akmal...Pelajar lain sibuk buat tugasan, kami di belakang curi-curi ambil gambar untuk video simpulan bahasa pula...huhu

Gambar yang kedua itu adalah gambar simpulan bahasa raja sehari... Pada waktu berkenaan saya menjadi pengantin perempuan... Suasana menjadi haru-biru bila pengantin lelaki terlalu gementar untuk mengambil gambar semasa sarung cincin.. Tergelak sampai terbaring-baring..












No comments:

Post a Comment