Thursday, December 19, 2019

BBM3410Satu2019: One Shoot Three Layer

Hai!!! Assalamualaikum semua....

Hari ini saya akan berkongsi pengalaman saya dan kumpulan dalam membuat video One Shoot Three Layer... Terdapat banyak cabaran dalam pembikinan video ini. Antara cabaran tersebut adalah penyesuaian waktu antara ahli kumpulan. Ini kerana walaupun kami satu jurusan tetapi kami mengambil minor yang berbeza-beza. Oleh hal yang demikian, berlakunya pertindihan masa sesama kami sendiri. Namun apabila sudah mendapat masa dan hari yang dipersetujui... cuaca pula tidak mengizinkan...kami terpaksa tukar lokasi untuk membuat rakaman tersebut kerana pada petang tersebut hujan turun dengan selebat-lebatnya. Kami terpaksa berpindah lokasi ke Fakulti Ekonomi...Semasa kami melakukan rakaman video tersebut ramai yang melihat kami pelik...hahahaha...apa boleh buat...


Tambahan lagi, kami ada rakam satu lagi ideo yang menggunakan konsep yang sama tetapi lebih istimewa kerana menggunakan lagu ciptaan prof sendiri... Sebagai anak didik beliau, saya berasa sungguh bertuah dan kagum akan kewibawaan beliau...Untuk video kali ini kami dikehendaki merakam video di dua lokasi yang berbeza. Ini bermakna kami terpaksa menahan malu sebanyak dua kali, dua tempat... aduhaiiiii.....nasib, nasib.......apa  oleh buat...


Prof kata kami perlu redha..jadi kami redha melakukan video tersebut di tempat terbuka....Di bawah ada saya lampirkan link video ini...Jangan segan-silu melihatnya iyea....semoga terhibur.....



                                               https://www.youtube.com/watch?v=B9R7OYD02Z0








No comments:

Post a Comment