Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

SUATU KETIKA..........


Suatu ketika dahulu terbinanya sebuah rumah yang diperbuat daripada separuh kayu dan separuh batu. Maka, tinggal sebuah keluarga yang bahagia di samping anak-anak yang kian membesar. Segala kenangan pahit, manis, suka, duka tercipta di sana. Segala jatuh bangun keluarga ini lalui sama-sama. Itulah keluargaku. Satu-satunya insan yang paling berharga dalam hidupku. Zaman kanak-kanak kami lalui bersama-sama, bermain bersama-sama, makan bersama-sama dan tidur bersama-sama. Segala aktiviti dilakukan bersama sehinggalah wujud keakraban yang sangat kuat antara kami walaupun perbezaan usia antara kami agak jauh. Waktu zaman persekolahan berlalu dengan pantas sekali. Rumah kian sunyi kerana sorang-sorang pergi melanjutkan pelajaran dan ada yang bekerja di luar. Tinggallah kami berempat sahaja mendiami rumah tersebut. Hanya keletah kami berdua yang menceriakan suasana rumah tersebut. Namun apabila giliran kami pula yang melanjutkan pelajaran di universiti, rumah itu sunyi sepi. Tetapi nasib baik keluarga kakak sulungku ada tinggal bersama orang tuaku. Jadi tidak khuatirlah kami kerana makan minum orang tuaku terjamin. Oleh hal yang demikian, setiap kali cuti semester kami akan cuba untuk pulang ke rumah untuk melepaskan rindu yang terkumpul di dada untuk meluangkan masa bersama orang tuaku. Keadaan rumah kini tidak lagi seperti dahulu tetapi kini rumah itu diceriakan dengan gelak-tawa anak buahku sahaja. Jauh dilubuk hatiku sangat rindu keadaan seperti dahulu di mana  kami adik-beradik gelak-tawa bersama, usik-mengusik dan bermain bersama. Tapi semua orang meningkat dewasa dan mempunyai tanggungjawab masing-masing. Jadi aku tidak salahkan mereka dan aku tetap gembira berada di samping kelaurgaku lebih-lebih lagi apabila musim-musim perayaan atau cuti sekolah. Bak kata peribahasa " AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS".. Aku sayang keluargaku. Rumahku syurgaku.......










No comments:

Post a Comment