Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: ULASAN BAB 6 BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Assalamualaikum dan salam bahagia semua pembaca....

Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai pembelajaran blog di dalam kelas bahasa. Blog merupakan salah satu rangkaian sosial dan medium  komunikasi malah blog juga membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010). Blog ini boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari kehidupan seseorang dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Blog juga boleh menjadi satu medium yang berkesan terhadap pelajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam kehidupan dengan bermonolog di dalam blog. Namun begitu, pelajar kini yang membesar dengan kewujudan bahasa kedua menghadapi cabaran yang besar di mana mereka perlu memastikan setiap bahan bacaan yang dibaca dalam internet merupakan maklumat yang sahih dan terkini. Walupun penulisan blog ini tiada had penulisan tetapi pelajar hendaklah bijak dalam pemilihan kata yang sesuai supaya nampak lebih menarik dan kreatif.

Terdapat juga beberapa kajian mengenai blog oleh tokoh-tokoh barat dan pengkaji-pengkaji tempatan. Antaranya ialah Ferdig & Trammell (2004) yang telah mengemukakan beberapa garis panduan penulisan blog dan para penulis blog hendaklah memenuhi syarat-syarat menulis blog. Blog juga boleh menjadi blog pendidikan. Blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menawarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar(Williams,2004).


 Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) terdapat 10 cara menulis blog dengan baik iaitu:

  1.  tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
  2. cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca
  3. masukkan ayat-ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik
  4. memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda
  5. kaitkan penulisan anda dengan berita terkini
  6. gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
  7. dapat dibaca dan difahami
  8. dapat berkomunikasi dengan pembaca
  9. masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda
  10. berilmu untuk penulisan pendidikan

Kesimpulannya, hasil kajian lepas membuktikan bahawa blog memberi banyak kesan positif kepada pelajar antaranya ialah meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. blog ini juga sebagai wadah kepada pelajar asing untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menurut McLeod (2001) yang jelas blog membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memaha,i sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menjelaskannya kepada orang lain. 

No comments:

Post a Comment