Thursday, December 19, 2019

BBM3410Satu2019: One Shoot Three Layer

Hai!!! Assalamualaikum semua....

Hari ini saya akan berkongsi pengalaman saya dan kumpulan dalam membuat video One Shoot Three Layer... Terdapat banyak cabaran dalam pembikinan video ini. Antara cabaran tersebut adalah penyesuaian waktu antara ahli kumpulan. Ini kerana walaupun kami satu jurusan tetapi kami mengambil minor yang berbeza-beza. Oleh hal yang demikian, berlakunya pertindihan masa sesama kami sendiri. Namun apabila sudah mendapat masa dan hari yang dipersetujui... cuaca pula tidak mengizinkan...kami terpaksa tukar lokasi untuk membuat rakaman tersebut kerana pada petang tersebut hujan turun dengan selebat-lebatnya. Kami terpaksa berpindah lokasi ke Fakulti Ekonomi...Semasa kami melakukan rakaman video tersebut ramai yang melihat kami pelik...hahahaha...apa boleh buat...


Tambahan lagi, kami ada rakam satu lagi ideo yang menggunakan konsep yang sama tetapi lebih istimewa kerana menggunakan lagu ciptaan prof sendiri... Sebagai anak didik beliau, saya berasa sungguh bertuah dan kagum akan kewibawaan beliau...Untuk video kali ini kami dikehendaki merakam video di dua lokasi yang berbeza. Ini bermakna kami terpaksa menahan malu sebanyak dua kali, dua tempat... aduhaiiiii.....nasib, nasib.......apa  oleh buat...


Prof kata kami perlu redha..jadi kami redha melakukan video tersebut di tempat terbuka....Di bawah ada saya lampirkan link video ini...Jangan segan-silu melihatnya iyea....semoga terhibur.....



                                               https://www.youtube.com/watch?v=B9R7OYD02Z0








Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Assalamualaikum teman-teman...Apa khbar? Diharap kalian semua baik-baik sahaja....



Hari ini saya mahu berkongsi sedikit mengenai satu buku hebat..Apa itu?? Ianya adalah buku Eh!!! Media Sosial...Buku ini mengandungi lapan bab..Bab 1 adalah berkenaan .gambaran keseluruhan mengenai media sosial. terdapat juga diselitkan etika dalam media sosial dan mengapa media sosial digunakan dalam proses prngajaran dan pembelajaran bahasa. Media sosial penting kerana untuk kebiasaan, aktivitiluar kelas, kebebasan, interaksi penting dan sumber informasi yang sahih. Seterusnya, bab 2 pula memperkenalkan twitter dan trend terkini. Dalam bab ini terdapat kajian tentang twitter, metodologi dan hasil perbincangan. Namun begitu, turut diselitkan sekali cara-cara membuat akaun twitter. Hasil perbincangan mendapati bahawa twitter ini mudah diakses, pantas, efisyen dan mendapat informasi terkini. Jelaslah bahawa twitter ini memberi impak yang positif kepada pengguna sekalian. Selanjutnya bab 3 puula mengenai facebook masih digunakan. Dalam bab ini terdapat kajian tentang facebook dan cara untuk membuat facebook. Didapati bahawa facebook merupakan satu alat yang berkesan untuk pelajar berinteraksi antara satu sama lain. Di samping itu, bab 4 membincangkan mengenai instagram menyeronokkan. Dalam bab ini juga diselitkan kajian mengenai instagram dan cara untuk membuat instagram. Ramai yang meminati instagram kerana ianya sederhana dan ringkas malah terdapat gambar serta caption yang menarik. Selain itu, bab 5 pula mengnai e-mel masih popular pada masa ini. Kajian mengenai e-mel juga turut diselitkan dalam bab ini dan cara membuat e-mel juga ada. E-mel digunakan untuk memotivasikan pelajar dan berkomunikasi secara semula jadi. Bab 6 pula membincangkan mengenai blog dalam kelas bahasa. Bab ini juga turut menyelitkan kajian mengenai blog dan cara membuatnya juga. Dalam bab ini juga turut disertakan dengan 10 cara menulis blog dengan baik. Tambahan lagi, bab 7 pula membincangkan mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Bab ini menyenaraikan teori dan literatur serta hasil perbincangan. Hasil perbincangan sarjana mendapati isu yang paling mendapat respon adalah isu penggunaan bahasa dan struktur ayat dalam rangkaian sosial. Akhir sekali bab 8 iaitu mengenai implikasi pedagogi. Bab ini memasukkan peranan sebagai guru dan pelajar serta susunan pelajar. Implikasi buku ini adalah memberi peluang kepada pelajar pembelajaran bahasa secara spesifik, meningkatkan kefasihan pelajar serta menambah baik prestasi pelajar dalam bidang akademik mahupun bidang sosial. 




RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.


Penulis: Prof. Dr. Noraien Mansor dan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim


Harga buku: RM60










Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Hari ini saya akan berkongsi mengenai sebuah buku hebat. Bahasa yang digunakan oleh seseorang atau kumpulan dalam bentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan adalalah wacana. Buku kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019) telah menawarkan pelbagai teori pendekatan yang berkaitan dengan wacana kepada para pembaca. Terdapat tujuh bab dalam kandungan buku ini. Dalam bab 1 buku ini membincangkan mengenai kajian-kajian wacana yang telah dilakukan oleh pengkaji dalam mahupun luar negara. Setiap pengkaji mempunyai tafsiran wacana yang berbeza-beza mengikut pendirian masing-masing. Walaupun berbeza-beza pentafsiran namun dapat disimpulkan bahawa pemahaman terhadap sesebuah wacana akan lebih difahami tujuannya dengan huraian yang lebih terperinci dan teliti. Seterusnya, bab 2 dalam buku ini menerangkan mengenai teori dan pendekatan wacana oleh beberapa orang pengkaji. Terdapat empat teori analisis wacana telah diselitkan dalam bab ini. Antaranya ialah Brown & Yule (1983), Stubbs (1983), Kritis anDijk (1977) dan Normaliza Abd Rahim(2019). Setiap teori dan pendekatan telah dihuraikan dengan teliti dan terperinci supaya boleh diguna dalam analisis data yang diperolehi. Sebagai contoh teori vanDijk (1977) telah membahagikan wacana kepada bebrapa elemen iaitu makro, mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana aman dan kawalan pemikiran. Selanjutnya bab 3 menerangkan mengenai analisis wacana tekstual dan ujaran. Dalam bab ini diselit juga beberapa cerita sosial mengenai Alim, Jiran Alim, Datuk dan Nenek serta Alim sakit. Setiap cerita dianalisis menggunakan teori wacana dan dihuraikan dengan lebih terperinci mengenai teks tersebut. Di samping itu, bab 4 pula menerangkan mengenai strategi komunikasi. Terdapat beberapa strategi yang telah dikongsikan oleh bebrapa orang pengkaji terdahulu. Antaranya ialah Weber & Grauer (2019), Zerfess et. al (2018), Nothhaft et. al (2018) dan sebagainya. Antara contoh tafsiran strategi komunikasi ialah satu idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima dalam pelbagai situasi dan keadaan (Winkler & Etter, 2018). Selanjutnya, bab 5 membincangkan mengenai taksonomi dan pendekatan strategi kominikasi. Menurut Normaliza Abd Rahim (2018e) pendekatan strategi komunikasi terdapat enam belas pendekatan dan pendekatan-pendekatan tersebut juga turut merujuk hasil kajian pengkaji dahulu. Tambahan lagi, bab 6 pula menyentuh mengenai analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Bab ini membincangkan mengenai strategi komunikasi iaitu singkatan pendekatan, persoalan, penafian, pengulangan dan sebagainya. Akhir sekali bab 7 membincangkan mengenai cadangan kajian akan datang. Bab ini membincangkan kajian yang akan dilakukan pada masa akan datang iaitu bahasa isyarat. Rumusannya, buku ini amat bermanfaat untuk pembaca semua dan banyak ilmu yang dikongsi juga malah buku ini semestinya akan memberi implikasi yang baik terhadap pembaca dengan ilmu yang baru.


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

Harga buku: RM 20.00




Saturday, November 9, 2019

BBM3410Satu2019: Amali Minggu 8


Assalamualaikum wbt kalian semua...diharap sihat-sihat belaka....

Minggu ke-8 ini kami sibuk memjual dan membeli pantun di facebook....Saya yang merangkak-rangkak membina pantun akhirnya pandai menjual dan membeli pantun rakan sekelas..... Rupa-rupanya seronok juga iya membeli dan menjual pantun ini.... Secara tidak langsung kita memartabtkan warisan adat budaya Melayu dahulu yang memang sinonim dengan berpantun dalam setiap adat istiadat yang berlangsung.. 






Berikut merupakan pantun-pantun yang saya jual di laman muka buku....dan alhamdulillah pantun yang saya jual mendapat sambutan yang hangat daripada follower laman muka buku saya.... Ramai teman dekat membeli pantun saya dan saya rasa terhibur serta seronok membaca pantun-pantun mereka.....






Gamabar di atas merupakan antara balasan pantun saya saya terima.... Maing-masing mempunyai mesej yang tertentu..dan inshaAllah mesej-mesej tersebut akan diambil untuk menjadi pedoman hidup....








 Berikut pula merupakan strategi komunikasi yang saya kongsi daripada buku kajian wacana dan strategi komunkasi teori dan aplikasi.... Dan gambar sebelah kanan tersebut adalah gambar perkongsian rutin harian saya di alam universiti bersama rakan-rakan yang dikasihi sekalian....




BBM3410Satu2019: Video One shoot & One shoot two layer

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian....

Hari ini saya ingin kongsikan video one shoot dan one shoot two layer pada kawan-kawan semua... Video-video ini masih panas lagi...Ini kerana kami baru sahaja buat video ini...Banyak pengalaman yang diperoleh daripada pembikinan video ini kerana baru kami tahu bukan mudah untuk membuat video one shoot.. Kami terpaksa merakam video berkali-kali bagi mendapatkan hasil yang diingini...Kami juga tidak boleh mengedit video tersebut kerana jika kami edit itu bermakna sudah bukan one shoot...hahaha.....Saya harap anda semua terhibur menonton  video-video ini... Jangan lupa like  dan subscribe...


                                  https://www.youtube.com/watch?v=marrqJiuaqo&t=2s



                               https://www.youtube.com/watch?v=UiwzIT-xL8w&t=9s

BBM3410Satu2019:Fotografi 2,3 & 4 (Pemandangan, Potret, Swafoto dan Simpulan Bahasa)

Assalamualaikum semua....Apa khabar??

Saja ja nak bagitahu... subscribe la prestige production...Di sana terdapat banyak video-video menarik hasil karya kami sekumpulan.. Diharap video-video berkenaan dapat menggembirakan hati taun hamba- tuan hamba yang melihatnya...Semoga terhibur dan selamat menonton...hihihi




Gambar di atas menunjukkan kumpulan Prestige Prodction sedang berbincang untuk membuat tugasan 4 di mana kami perlu mengambil gambar swafoto yang menarik.. Gigih kami berpanas tutup cahaya mentari supaya dapat hasil gambar yang cantik...Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi mempunyai banyak tempat menarik untuk mengambil gambar.. Ini kerana keunikan rekaan seni bina yang terdapat di sana dan keadaan suasana kampung juga terdapat di sini....Marilah beramai-ramai berkunjung ke FBMK...Kalau bukan kita yang promote fakulti sendiri, siapa lagi yang mau promote..hihi



Inilah kumpulan Prestige Production yang sama-sama susah senang dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan.... Gelak tawa bersama sehingga hubungan kami menjadi begitu rapat antara satu sama lain...Moga hubungan ini akan kekal sampai bila-bila...







Dua gambar di atas merupakan gambar disebalik tabir semasa hendak membuat fotografi 4 iaitu video berkenaan simpulan bahasa..  Gambar pertama menunjukkan gambar simpulan bahasa ulat buku dan gambar berkenaan diambil semasa kelas tutor En Akmal...Pelajar lain sibuk buat tugasan, kami di belakang curi-curi ambil gambar untuk video simpulan bahasa pula...huhu

Gambar yang kedua itu adalah gambar simpulan bahasa raja sehari... Pada waktu berkenaan saya menjadi pengantin perempuan... Suasana menjadi haru-biru bila pengantin lelaki terlalu gementar untuk mengambil gambar semasa sarung cincin.. Tergelak sampai terbaring-baring..












BBM3410Satu2019: Fotografi 5 & 6 (Flat Lay Kumpulan dan Individu)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.....

Saya harap kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan gembira di samping orang tersayang... Apa khabar tugasan semua, pita semua...huhu.. Apa cerita anda semua pada cuti sem..pasti seronok dan semua orang ada cerita cuti sem tersendiri...

Ini cerita cuti sem saya baru-baru ini... Pada cuti sem kali ini saya seperti tahun-tahun sebelum ini tidak dapat pulang di rumah.. Ini kerana saya ada komitmen lain di PALAPES UPM di mana kami ada kem berterusan selama seminggu... Pada kem berterusan tersebut kami ada latihan menembak yang bertempat di padang sasar Johor dan kami menetap di Kem 501 Wataniah , Ken Terendak Johor Bahru. Walaupun tidak dapat cuti di samping keluarga tetapi saya berasa gembira juga kerana PALAPES juga saya sudah anggap sebagai kelaurga kedua saya di sini. Kami banyak luangkan masa bersama di samping encuba pengalaman baru dalam menembak senjata bantuan. 

Tetapi, cuti kami bukan hanyalah cuti kosong sahaja tanpa tugasan... Tugasan tetap menghantui hidup walau di mana jua... Pada minggu tersebut kami diberi tugasan individu dan tugasan berkumpulan...Tugasan kumpulan tersebut adalah mengambil gambar Flat Lay makanan, benda, tumbuhan, minuman dan manusia. Setiap gambar hendaklah diambil dari 4 sudut yang berlainan iaitu Flat Lay, Half Flat Lay, Quater Flat Lay dan Zero Flat Lay.. Begitu juga untuk gambar flat lay makanan individu....Bagi tugasan individu kami disuruh mengambil sebelas gambar makanan dari empat posisi yang berkenaan.... Apa yang menariknya adalah kami mengambil gambar Flat Lay manusia di Kem Terendak tersebut pada malam hari...Kami terpaksa menebalkan muka semata-mata untuk mengambil gambar flat lay tersebut. Setiap kali hendak makan pastii kami mengambil gambar dahulu sehingga kadang-kadang orang sekeliling pandang pelik terhadap kami..huhu..perkara yang paling lucu adalah saya mempunyai fail khas untuk tugasan ini sahaja...hahaha


Gambar di atas menunjukkan fail flat lay makanan khas untuk kursus BBM3410...Pelbagai makanan yang telah di ambil dan yang penting semua makanan tersebut masuk ke dalam perut akhirnya...kenyang perut...

 

Gambar-gambar di atas merupakan gambar disebalik tabir untuk gambar flat lay manusia Flat Lay dan Half Flat Lay..  Gigih member ambil gambar sampai naik atas kerusi...hahaha
Waktu sedang bertugas juga kami curi-curi masa untuk mengambil gambar bagi memnuhi permintaan tugasan ahli kumpulan yang lain.. Berbaju loreng laaa kita bergambar..hihi