Thursday, October 17, 2019

BBM3410Satu2019: Tugasan Minggu ke-6

Assalamualaikum kalian semua, moga kalian sentiasa berada dalam lindungan-Nya.




Gambar-gambar ini diambil dalam minggu yang sama. Saya mengambil seberapa banyak gambar potret diri untuk mendapatkan shot yang paling menarik dan cantik.  



Gambar ini diambil sewaktu kelas seni lakon di Makmal Kotak Hitam, Sanggar Bahasa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Kami satu kumpulan beria-ria datang awalke kelas untuk mengambil gambar potret masing-masing sebelum due date..hahaha...Kebetulan dalam black box tersebut mempunyai props yang telah sedia ada untuk persembahan-persembahan teater di upm. Jadi kami tidak ketinggalan untuk menggunakan props tersebut sebagai latar belakang kami. dan akhirnya hasilnya adalah seperti gambar yang terpapar di atas...huhu





Gambar ini pula merupakan gambar yang paling berisiko saya ambil. Ini kerana saya mengambil gambar ini di atas jalan raya bahagian laluan penunggang berhadapan kolej kedua atau kini lebih dikenali dengan Kosass B. Sewaktu sesi penggambaran dilakukan banyak kenderaan yang lalu lalang dan terpaksalah saya menebalkan muka sebagai model di situ...hahaha...setiap yang lalu lalang pasti akan menoleh dan melihat kami seperti orang hilang akal dan budak-budak yang kaki selfie..Apa boleh buat..terpaksalah tebalkan muka dan buat tak malu untuk mendapatkan hasil yang terbaik..

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: ULASAN BAB 6 BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Assalamualaikum dan salam bahagia semua pembaca....

Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai pembelajaran blog di dalam kelas bahasa. Blog merupakan salah satu rangkaian sosial dan medium  komunikasi malah blog juga membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010). Blog ini boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari kehidupan seseorang dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Blog juga boleh menjadi satu medium yang berkesan terhadap pelajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam kehidupan dengan bermonolog di dalam blog. Namun begitu, pelajar kini yang membesar dengan kewujudan bahasa kedua menghadapi cabaran yang besar di mana mereka perlu memastikan setiap bahan bacaan yang dibaca dalam internet merupakan maklumat yang sahih dan terkini. Walupun penulisan blog ini tiada had penulisan tetapi pelajar hendaklah bijak dalam pemilihan kata yang sesuai supaya nampak lebih menarik dan kreatif.

Terdapat juga beberapa kajian mengenai blog oleh tokoh-tokoh barat dan pengkaji-pengkaji tempatan. Antaranya ialah Ferdig & Trammell (2004) yang telah mengemukakan beberapa garis panduan penulisan blog dan para penulis blog hendaklah memenuhi syarat-syarat menulis blog. Blog juga boleh menjadi blog pendidikan. Blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menawarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar(Williams,2004).


 Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) terdapat 10 cara menulis blog dengan baik iaitu:

  1.  tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
  2. cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca
  3. masukkan ayat-ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik
  4. memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda
  5. kaitkan penulisan anda dengan berita terkini
  6. gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
  7. dapat dibaca dan difahami
  8. dapat berkomunikasi dengan pembaca
  9. masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda
  10. berilmu untuk penulisan pendidikan

Kesimpulannya, hasil kajian lepas membuktikan bahawa blog memberi banyak kesan positif kepada pelajar antaranya ialah meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. blog ini juga sebagai wadah kepada pelajar asing untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menurut McLeod (2001) yang jelas blog membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memaha,i sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menjelaskannya kepada orang lain. 

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

SUATU KETIKA..........


Suatu ketika dahulu terbinanya sebuah rumah yang diperbuat daripada separuh kayu dan separuh batu. Maka, tinggal sebuah keluarga yang bahagia di samping anak-anak yang kian membesar. Segala kenangan pahit, manis, suka, duka tercipta di sana. Segala jatuh bangun keluarga ini lalui sama-sama. Itulah keluargaku. Satu-satunya insan yang paling berharga dalam hidupku. Zaman kanak-kanak kami lalui bersama-sama, bermain bersama-sama, makan bersama-sama dan tidur bersama-sama. Segala aktiviti dilakukan bersama sehinggalah wujud keakraban yang sangat kuat antara kami walaupun perbezaan usia antara kami agak jauh. Waktu zaman persekolahan berlalu dengan pantas sekali. Rumah kian sunyi kerana sorang-sorang pergi melanjutkan pelajaran dan ada yang bekerja di luar. Tinggallah kami berempat sahaja mendiami rumah tersebut. Hanya keletah kami berdua yang menceriakan suasana rumah tersebut. Namun apabila giliran kami pula yang melanjutkan pelajaran di universiti, rumah itu sunyi sepi. Tetapi nasib baik keluarga kakak sulungku ada tinggal bersama orang tuaku. Jadi tidak khuatirlah kami kerana makan minum orang tuaku terjamin. Oleh hal yang demikian, setiap kali cuti semester kami akan cuba untuk pulang ke rumah untuk melepaskan rindu yang terkumpul di dada untuk meluangkan masa bersama orang tuaku. Keadaan rumah kini tidak lagi seperti dahulu tetapi kini rumah itu diceriakan dengan gelak-tawa anak buahku sahaja. Jauh dilubuk hatiku sangat rindu keadaan seperti dahulu di mana  kami adik-beradik gelak-tawa bersama, usik-mengusik dan bermain bersama. Tapi semua orang meningkat dewasa dan mempunyai tanggungjawab masing-masing. Jadi aku tidak salahkan mereka dan aku tetap gembira berada di samping kelaurgaku lebih-lebih lagi apabila musim-musim perayaan atau cuti sekolah. Bak kata peribahasa " AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS".. Aku sayang keluargaku. Rumahku syurgaku.......










Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum pembaca semua, diharap kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Hari ini saya akan berkongsi tip belajar dengan mudah bersama kalian yang dikasihi.

TIP BELAJAR DENGAN MUDAH


1. Memanfaatkan kemahiran mengingat

Setiap orang mempunyai kemampuan mengingat yang tersendiri. Salah satu cara yang mudah bagi ingat pelajaran yang diajar adalah dengan membuat nota-nota ringkas mengikut kekreatifan sendiri. Nota-nota yang dibuat secara warna-warni akan membantu fungsi otak kiri dan kanan bekerja dengan aktif. Hal ini mampu menguatkan daya fikiran seseorang. Tambahan lagi nota-nota penting tersebut hendaklah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat supaya setiap kali kita nampak nota tersebut lalu kita boleh membacanya dan mengingatnya. Penggunaan kaedah akronim dalam nota dan gambah rajah amatlah membantu daya ingatan kerana otak lebih tertarik dengan gambar-gambar berbanding tulisan semata-mata.


2. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri.

Waktu-waktu yang sesuai untuk belajar adalah sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi, selepas membaca al-Quran/berzikir/berdoa dan selepas beriadah. Hal ini kerana keadaan otak kita berada dlam keadaan yang segar dan mudah menerima hafalan-hafalan nota yang dibaca. Kita juga hendaklah mengulangkaji dengan secepatnya dan secara ringkas. Hal ini kerana 80% apa yang kita belajar akan dilupakan selepas proses pembelajaran berlaku. 



Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Prestige Production)

Bird's Eye View (3 Gambar)





Pemandangan sebagai seekor burung di malam hari yang berterbangan bebas di awan. Ini merupakan pemandangan dari atas dan jelas ketinggian bangunan apartment yang didiami manusia. Di situ jugalah tempat istirahat manusia setelah penat membanting tulang di siang harinya. Keindahan pemandangan ini diserlahkan dengan warna-warna lampu neon yang berwarna-warni menerangi bandar tersebut.  


Pemandangan menghijau memenuhi pemandangan seekor burung yang sedang berlegar-legar mencari sumber makanan di siang hari. Kehijaun yang tumbuh membantu memudahkan haiwan berteduh dan mencari sumber makanan untuk menyambung kelangsungan hidup. Melalui pemandangan ini juga dapatlah kita mengagumi kebesaran Allah SWT. 




Gambar ini menunjukkan kepesatan pembangunan yang berlaku di Kuala Lumpur. Bandar tersebut pesat membangun debgan pelbagai infrastruktur dan kemudahan awam. Hal ini juga menunjukkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan menuju ke arah negara maju. 

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Prestige Production)

Over The Shoulder (3 Gambar)



Tugu kereta kebal tersebutlah yang menjadi kebanggan dalam diriku sebagai mahasiswa UPM. Ini kerana itu adalah kolej yang kubangga-banggakan iaitu Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Kemudahan yang disediakan pihak pengurusan amatlah memudahkan urusan saya sepanjang di UPM ini. Jasa dan bakti pihak pengurusan tidak akan dapat saya lupakan walaupun setelah saya sudah tamat pengajian kelak. 



Hanya insan terpilih dan kuat mental serta fizikal sahaja yang mampu jejak kaki di kawasan di atas. Di atas merupakan pemandangan dari hadapan Markas PALAPES UPM. Tempat inilah di mana saya menghabiskan waktu hujung minggu bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kami tetap bertahan dan masih akrab antara satu sama lain walaupun sudah ditauliahkan. Kenangan pahit manis telah terukir bersama dalam markas ini dan pastinya saya takkan lupakan seumur hidup saya. 



Pemandangan kolam di Bukit Ekspo menjadi tempat tumpuan pengunjung yang mengunjung di sana. Hal ini kerana bukan sahaja pemandangan yang menarik sahaja tetapi terdapat juga satu kehidupan lain yang mendiami kolam tersebut juga iaitu ikan-ikan yang hidup terbiar berenang-berenang bebas. Ramai pelajar menghabiskan waktu senggang di sana dengan memberi ikan-ikan tersebut cebisan-cebisan roti bersama rakan-rakan tersayang.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Prestige Production)

Mug Shot (3 Manusia)


Gelak-tawa gadis di atas telah menghilangkan keayuan di wajahnya. Keelihatan gadis tersebut gembira yang melampau sehinggakan tergelak besar mendengar cerita rakannya yang mengenai dia mengigau sewaktu tidur dan tercari-cari sesuatu menggunakan hidunya dalam susana samar-samar lampu belajar. Sesuatu tersebut yang di cari-carinya adalah makanan. Reaksi gadis tersebut menggambarkan hatinya tercuit dengan kelakuan yang dilakukannya tanpa sedar pada malam itu.



Reaksi wajah tidak bersalah terpancar di raut wajah jejaka ini. Raut wajah ini jugalah yang dipancarkan apabila jejaka ini tidak menghadirkan kelas dan apabila rakan-rakan menanya akan ketidakhadirannya ke kelas pagi tadi. 



Gadis ini pula sedang memancarkan reaksi wajah yang terpinga-pinga menangkap setiap bait kata kawannya yang sedang menerangkan tugasan yang baru diterima daripada pensyarah mereka. Reaksi wajah tersebut tiba-tiba muncul apabila si gadis tidak mendengar percakapan rakannya tambahan dia keliru serta tidak paham kehendak tugasan pensyarahnya. 

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Prestige Production)

1. Medium Shot (3 Manusia dan 3 Pemandangan)


Gambar menunjukkan seorang gadis sedang termenung melihat pemandangan yang menkjubkan. Melalui riak wajahnya juga terpancar seri keayuan di wajahnya. Kehijauan tumbuh-tumbuhan disekeliling menambahkan lagi seri dalam gambar tersebut dan membuatkan gambar tersebut kelihatan tenang dan mendamaikan.




Gambar menunjukkan seorang pelajar yang sedang menghabiskan sisa-sisa hidupnya di tepi tasik buatan tersebut. Kedamaian dan ketenangan yang dicari terdapat di tempat tersebut. Tasik yang terbentang luas mendamaikan hati si gadis yang gundah gulana menanti keputusan peperiksaan akhirnya si semester akhir ini.



Gambar menunjukkan seorang gadis sunti sedang berakamkan kenangan indah di tepi tasik buatan manusia tersebut tamabahan lagi terdapatnya pemandangan latarbelakang tumbuhan menghiijau di sekelilingnya. Senyuman yang terpancar di wajah gadis tersebut dapat menggambarkan emosi kegembiraan yang dialaminya sewaktu itu.


2. Medium Shot (3 Manusia)


Ukiran di Gerbang Moroco, Putrajaya itu berjaya menimbulkan unsur klasik dan unik dalam gambar tersebut. Wajah ayu gadis tersebut bertambah seri apabila terdapat ukiran tersebut. Keceriaan yang terpancar tersebut mampu menjadi satu pengalaman baru dan kenangan terindah buat gadis tersebut apabila ke Gerbang Moroco tersebut.  



Kemanisan riak wajah gadis itu terpancar apabila gadis tersebut tersenyum. Senyuman tersebut jugalah yang mampu mencairkan hati para jejaka dan menjadi pujaan hati setiap jejaka. Pemakaian yang meutup aurat juga menyejukkan lagi mata memandang. Walaupun gaya yang dilakukan gadis tersebut simple sahaja tetapi ia menambat hati yang melihatnya. 



Gambar menunjukkan seorang gadis sedang berdiri dihadapan rimbunan pohon buluh. Buluh bukan sahaja banyak kegunaan dalam kehidupan seharian kita tetapi pohon buluh juga boleh menjadi salah satu latarbelakang semula jadi yang cantik untuk bergambar. Gadis tersebut emmilih latarbelakang tersebut kerana dia hendak lebih dekat dengan alam sekitar. 

BBM3410Satu2019: Long Shot (Prestige Production)

1. Long Shot (3 Pemandangan)



Gambar menunjukkan pemandangan secara jauh bangunan Ioi yang terdapat di Putrajaya. Pemandangan ini boleh didapati di Bukit Ekspo Universiti Putra Malaysia. Tidak hairanlah jika mahasiswa UPM banyak meluangkan masa di sana kerana keindahan pemandangan yang boleh didapati tersebut amat menenangkan.



Pemandangan jeti atau pondok tersebut kelihatan dari jauh dan keluaran tasik tersebut amatlah mengagumkan. Keluasan tasik tersebut terpapar dengan jelas dalam gambar di atas. Tambahan lagi dengan persekitaran menghijau yang mengelilingi tasik tersebut menyejukkan pandangan mata bagi sesiapa yang memandangnya. 



Gambar menunjukkan pemandangan di atas jalan raya yang lama dan di sana juga kita boleh melihat terdapatnya landasan ETS di hujung sana. Pemandangan ini boleh menggamit memori yang indah kerana pengalaman ini tidak akan berlaku selalu dalam kehidupan.


2. Long Shot (3 Pemandangan dan manusia)



Pemandangan jarak jauh pantai ini amatlah mengagumkan. Tambahan lagi adanya sinaran matahari terbenam. Suasana jingga menyelubungi bumi ini sangat menawan hati bagi sesiapa yang melihatnya. Pengunjung yang ramai juga turut tidak melepaskan peluang mereka melihat matahari terbenam di tepi pantai dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi. 



Gambar menunjukkan pemandangan jauh daripada Kosass ke kolej Canselor yag berada di hujung simpang. Kelihatan dua orang pelajar sudah tergesa-gesa hendak ke kelas tetapi mereka sempat lagi possing apabila tersedar terdapat orang sedang mengambil gambar. Kegembiraan pelajar tersebut terpancar dengan gaya yang ditunjukkan nya tersebut.



Gamabar menunjukkan pemandangan daripada Bukit Cina yang terdapat di belakang Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Melalui pemandangan di sana anda boleh melihat keindahan insfratruktur yang sedang pesat membangun. Pemandangan Serdang juga boleh di lihat disini dan terdapat dua orang pelajar tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan tersebut sebelum mereka menamatkan pengajian di UPM kelak.

BBM3410Satu2019: Close-up (Prestige Production)

1. Close-up (3 Manusia)



Wajah kegembiran terpancar diraut wajah gadis tersebut setelah mendapat menjejakkan diri di Universiti Putra Malaysia. Tambahan lagi Universiti Putra Malaysia merupakan universiti yang terkenal dan merupakan universiti yang berada di ranking ketiga antara universiti awam yang lain. Keriangan di wajah ini jugalah yang akan ditunjukkan sewaktu menyapa rakan-rakan baharu yang berasal daripada pelbagai negeri. Riak ini jugalah yang akan dipancarkan sewaktu menghadiri kelas-kelas di fakulti kelak.



Riak wajah ini merupakan riak wajah pelik yag ditunjukkan oleh seorang gadis ayu. Dalam fikirannya bercelaru atau keanehan memikirkan bagaimana kucing tersebut boleh makan makanan yang selain daripada kucing-kucing biasa makan. Ini kerana kucing tersebut makan buah durian. Keanehan ini menyebabkan dahi gadis tersebut berkerut seribu memikirkan kepelikan yang berlaku di hadapan matanya sendiri.



Gambar ini pula menunjukkan muka polos seorang gadis yang baru jejak ke tempat baharu. Keindahan pemandangan sekeliling membuatkannya seolah-olah seorang kanak-kanak yang baru mendapat bunga. Muka polosnya membuatkan orang sekeliling gembira.



2. Close-up (3 Bukan Manusia)


Gambar menunjukkan limpahan ais krim berperisa vanila memenuhi ruang cawan tersebut. Ini membuatkan orang turut terliur melihat minuman ini tamabahan lagi pada waktu-waktu cuaca panas ini. Keinginan membasahkan tekak dengan air tersebut telah tercetus apabila melihat gambar di atas.



Kecomelan kucing tersebut terpancar apabila kucing itu seolah-olahnya telah terulit lena dengan tidurnya di atas di atas bantal. Bulunya yang putih gebu tersebut menambahkan kecomelannya dan tidak salahlah kucing sememangnya menjadi haiwan yang disayang oleh manusia. 



Warna yang menyerlah tersebut menarik perhatian ramai pengunjung di taman botani tersebut. Belang-belang yang terukir di permukaan bunga tersebut seolah-olah timbul dan nampak berani. Warna-warna bunga tersebutlah yang mewarnai sekeliling taman bunga tersebut dan menceriakan pemandangan pengunjung-pengunjung di sana.