Thursday, December 19, 2019

BBM3410Satu: Instagram Minggu 9 (Keredaan dan Ketenangan)

Assalamualaikum wbt,

Masuk minggu ke-9 iaitu bulan konvokesyen. UPM, Serdang tidak ketinggalan menyambut atau  meraikan pelajar-pelajar yang baru sahaja bergelar graduat. Namun begitu, Prof kesayangan kami juga tidak ketinggalan meninggalkan kami dengan tugasan-tugasannya. Kali ini saya diberi tugasan untuk mengambil gambar-gambar yang menggambarkan keredaan dan ketenangan. Pada saya kedua-dua perkara ini amat penting dalam menjalani kehidupan sekarang. Iini kerana dalam kemerosotan ekonomi yang di alami kini dan situasi sekarang yang semakin ramai pesaing dalam segala urusan amat memerlukan keredaan. Setiap kerja yang dijalankan dengan keredaan pasti akan mendapat keberkatan dan apabila terlalu serabut atau tidak boleh menangani masalah yang mendatang, maka kita perlukan ketenangan pula. Tidak semestinya mahukan ketenangan perlu berlabur wang ringgit yang tinggi seperti bercuti..Kita juga boleh melihat pemandangan indah dan alam sekitar dan tentunya ia akan menyejukkan mata malah hati kita...Jadi berikut adalah muka-muka keredaan dan ketenangan saya...Mari kita saksikan...





Sis mengenang nasib jauh panjang nun sanaaaaa.....tapi sis reda dengan ketentuan-Nya.....Pasti ada hikmah semua ini berlaku.......




Biru sungguh air di hadapan hamba ini....sebiru baju hamba...tenang je....damai je..sejuk mata memandang...

BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Assalamualaikum wbt,

Dalam sejarah hidup 23 tahun ini tak pernah-pernah buat kalendar sendiri tetapi dalam kelas BBM3410 telah mengajar seketul Anira ini membuat kalendar sendiri... Terasa teruja dalam membuat kalendar2020 sendiri...Satu ilmu baharu yang digarap semasa bergelar mahasiswa ini... Terasa bersyukur kerana mengambil subjek ini... Bila sudah tahu bagaimana buat kalendar ini terasa seronok buat kalendar pula..huhuhu...Rasa bangga dekat diri sendiri bila kalendar telah siap dicetak..Lepas ini boleh la jual kalendar setiap tahun..hihi....

Sesiapa yang berminat untuk membeli kalendar atau membuat kalendar mengikut citarasa sendiri, mari mari hubungi saya...


















BBM3410Satu2019: Vlog Konvokesyen dan Vlog makanan

Assalamualaikum semua!! Apa khabar??

Kali ini saya jadi seperti artis-artis pula sekarang...sebab...sekarang saya kena buat tugasan Vlog pula. Memandangkan bulan lepas merupakan bulan konvokesyen, jadi kami ditugaskan melakukan vlog mengenai kemeriahan pesta konokesyen. Kami melalakukan vlog di dewan besar selama dua hari. Di sana suasana kemeriahan para mahasiwa yang bergraduat amat mengharukan lebih-lebih lagi dengan hadirnya keluarga-keluarga mereka. Saya yang melihat kejayaan yang mereka capai itu pun merasa terharu sangat kerana segala susah-payah, pahit getir sebagai mahasiswa terbayar dengan segulung ijazah dan kehadiran keluarga tersayang. Anda tertanya-tanya suasana kemeriahan pesta konokesyen UPM,Serdang bagaimana??Marilah bersama-sama tekan link di bawah ini!!!!!!


Malaysia memang terkenal dengan makanan. Ke mana-mana sahaja pasti akan jumpa makanan..Ini juga merupakan keistimewaan dalam negara ini. Oleh yang demikian, kami diberikan tugasan vlog lagi...tetapi kali ini vlog mengenai makanan..Kami diberi dalam beberapa kumpulan kecil dan dikehendaki memuat naik vlog tersebut dalam youtube individu.. Kami telah membuat vlog makanan di Bangi Gateway street...Kami pergi pasar malam di sana dan terdapat banyak pilihan makanan yang dijual di sana. Tertanya-tanya makanan apa yang ada???Moh ler kita tekan link bawah tu....Mari!! Mari!!!!






BBM3410Satu2019: Wawancara Multimedia

Assalamualaikum wbt,

Di saat minggu-minggu akhir semester ini makin lama makin bertambah pulak tugasan multimedia ini. Tidak mengapa....Saya redha...Semua ini untuk kebaikan saya juga....Kali ini kami dikehendaki membuat wawancara mengenai penggunaan multimedia dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Kami dikehendaki mewawancara dua orang dan bertanya kepada mereka berkaitan dengan isu tersebut. Kami telah mewawancara seorang pensyarah dan seorang pelajar jurusan bahasa asing (Prancis) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Serdang...Mari kita saksikan siapakah gerangan yang betuah itu...anda tertanya-tanya??? Apa lagi...Marilah tekan link di bawah!!




BBM3410Satu2019: Serbuk Pencuci Baju

Assalamualaikum sahabat sekalian, Apa khabar anda hari ini??..

Minggu lalu kami datang kelas BBM3410 seperti biasa dan hari tersebut kami dikejutkan dengan satu aktivi baru...Kami disuruh membuat satu produk inovasi baharu mengikut kumpulan masing-masing yang bertemakan sabun. Kami memerah otak di pagi hari memikirkan design inovasi baharu yang syarikat kami boleh keluarkan... Akhirnya keluarlah satu produk baharu daripada syarikat kami iaitu Prestige sdn. bhd......Tag line kami adalah.....Pres Pres Jer!!!!!!!!!!!

Nak tahu apa inovasi yang kami keluarkan? Nak tengah lebih banyak design sabun kami???Mari tekan link dibawah!


BBM3410Satu2019: Video Tragedi Seram

Assalamualaikum wbt,

Anda pasti ada kisah seram yang pernah anda alami bukan??? Ini merupakan kisah seram tragedi yang dilalui oleh sekumpulan pelajar-pelajar UPM....Apakah ia????? Nak tahu???Tapi takut???
Jangan risau, inshaAllah anda sentiasa dalam lindungan-Nya..Aminn

Marii!!!!Jangan Takut....Tekanlah link dibawah...Jangan segan-segan





BBM3410Satu2019: Video Fokus

Assalamualaikum wbt,
Salam maghrib dan selamat malam semua....Diharap semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja...Aminnn


Kali ini saya ingin menunjukkan satu video fokus yang hanya memfokuskan satu barang sahaja dan video ini mengenai perjalanan atau penceritaan mengenai cota. Apa kisahnya??? Anda mesti tertanya-tanya...Marilah menyaksikan kisah Cota di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Serdang.....Mari tekan link di bawah...........