Assalamualaikum wbt dan salam bahagia...
Di hari yang bertuah ini ingin saya berkongsi serba sedikit kepada kalian semua mengenai pengalaman saya dalam kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa di bawah bimbingan Yg. Bhg. Prof. Normaliza Abd Rahim. Awal-awal kelas dahulu sudah dengar banyak cerita-cerita yang menggerunkan dan menyeramkan di mana ura-ura mengatakan Prof. ini sangat berdisiplin dan mementingkan segala benda mengenai masa. Adakah ianya betul atau hanya sekadar ura-ura sahaja? Ternyata ianya adalah benar belaka. Igauan menjadi kenyataan. Prof. sangat mementingkan masa dan sesiapa yang datang lambat ke kelas atau tidaak datang ke kelas pasti akan menyesal dalam seumur hidup mereka. hahahahaha...
Untuk pengetahuan semester lepas-lepas seketul Anira ini sememangnya merupkan pelajar yang selalu datang lambat ke kelas dan selalu ponteng kelas. Dan nak dijadikan cerita, kebetulan kelas BBM3410 ini sememangnya pagi iaitu jam 10...kira awal pagi la juga...Ajaibnya dengan adanya kelas ini untuk semester akhir ini, Anira dan kawan-kawan berjaya datang tepat pada waktunya walaupun kadang pernah terlajak 10.01 pagi..hihihihi...Alhamdulillah laa tak pernah ponteng dan sentiasa ada dalam kelas walaupun duduk di belakang sikit.....tapi kadang-kadang bila duduk belakang pon kena marah...hahaha..tapi yang penting bukan meja belakang sekali kira okey la tu....hihi
Tugasan? Tugasan jangan cerita..sebab tugasan untuk subjek ini lain macam sikit..setiap minggu ada ja itu tugasan yang diberi..Tidak perlu seru, ia memang akan datang...huhuhu....Penat? Letih? Memang la penat, letih, putus asa dan lain-lain lagi tetapi Prof ada pesan dalam kelas BBM3410 kena reda..sebab kalau tak reda mmg susah dan berat nak buat kerja.. Ternyata memang benar. Mual-mula memang susah nak reda dengan kerja yang entah apa-apa. Rasa berat, malas dan terbeban tapi lama-kelamaan tangan dan hati seiring menjadi ringan untuk buat tugasan..huhuhu...Dalam hati ini juga rasa seronok dan gembira apabila membuat tugasan-tugasan yang diberi....Segala benda yang tidak pernah dibuat, kami pelajari dalam kelas ini...Masuk kelas ini, kami rasa seperti artis kerana setiap minggu kami pasti akan memuat naik gambar atau video di instagram, twitter, facebook dan blog...Semangat berkumpulan juga dipupuk dalam kelas ini..
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Prof. dan Encik Akmal kerana telah mendidik kami dengan hati yang sabar. Saya sangat suka dan selesa dengan gaya pemngajaran Prof. walaupun ia lain daripada yang lain. Namun begitu, saya yakin dan percaya semua yang Prof. didik untuk kesenangan masa depan kami juga supaya kami boleh membina kerjaya yang lebih kukuh dan mampan. Saya doakan Prof. dan Encik Akmal sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sentiasa berjaya dalam apa yang diusahakan. Prof. dan Encik Akmal telah mencipta lagi satu kenangan indah di Universiti Putra Malaysia. Pastinya saya akan merindui kenangan-kenangan ini suatu hari kelak....
Inilah ahli kumpulan yang selama 14 minggu berhempas-pulas menyiapkan tugasan yang melambak setiap minggu dan setiap hari isnin kena buat pembentangan tugasan yang dilakukan...huhuu
Inilah kami pelajar Linguistik Melayu yang mengambil subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.