Thursday, December 19, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia...

Di hari yang bertuah ini ingin saya berkongsi serba sedikit kepada kalian semua mengenai pengalaman saya dalam kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa di bawah bimbingan Yg. Bhg. Prof. Normaliza Abd Rahim. Awal-awal kelas dahulu sudah dengar banyak cerita-cerita yang menggerunkan dan menyeramkan di mana ura-ura mengatakan Prof. ini sangat berdisiplin dan mementingkan segala benda mengenai masa. Adakah ianya betul atau hanya sekadar ura-ura sahaja? Ternyata ianya adalah benar belaka. Igauan menjadi kenyataan. Prof. sangat mementingkan masa dan sesiapa yang datang lambat ke kelas atau tidaak datang ke kelas pasti akan menyesal dalam seumur hidup mereka. hahahahaha...

Untuk pengetahuan semester lepas-lepas seketul Anira ini sememangnya merupkan pelajar yang selalu datang lambat ke kelas dan selalu ponteng kelas. Dan nak dijadikan cerita, kebetulan kelas BBM3410 ini sememangnya pagi iaitu jam 10...kira awal pagi la juga...Ajaibnya dengan adanya kelas ini untuk semester akhir ini, Anira dan kawan-kawan berjaya datang tepat pada waktunya walaupun kadang pernah terlajak 10.01 pagi..hihihihi...Alhamdulillah laa tak pernah ponteng dan sentiasa ada dalam kelas walaupun duduk di belakang sikit.....tapi kadang-kadang bila duduk belakang pon kena marah...hahaha..tapi yang penting bukan meja belakang sekali kira okey la tu....hihi

Tugasan? Tugasan jangan cerita..sebab tugasan untuk subjek ini lain macam sikit..setiap minggu ada ja itu tugasan yang diberi..Tidak perlu seru, ia memang akan datang...huhuhu....Penat? Letih? Memang la penat, letih, putus asa dan lain-lain lagi tetapi Prof ada pesan dalam kelas BBM3410 kena reda..sebab kalau tak reda mmg susah dan berat nak buat kerja.. Ternyata memang benar. Mual-mula memang susah nak reda dengan kerja yang entah apa-apa. Rasa berat, malas dan terbeban tapi lama-kelamaan tangan dan hati seiring menjadi ringan untuk buat tugasan..huhuhu...Dalam hati ini juga rasa seronok dan gembira apabila membuat tugasan-tugasan yang diberi....Segala benda yang tidak pernah dibuat, kami pelajari dalam kelas ini...Masuk kelas ini, kami rasa seperti artis kerana setiap minggu kami pasti akan memuat naik gambar atau video di instagram, twitter, facebook dan blog...Semangat berkumpulan juga dipupuk dalam kelas ini..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Prof. dan Encik Akmal kerana telah mendidik kami dengan hati yang sabar. Saya sangat suka dan selesa dengan gaya pemngajaran Prof. walaupun ia lain daripada yang lain. Namun begitu, saya yakin dan percaya semua yang Prof. didik untuk kesenangan masa depan kami juga supaya kami boleh membina kerjaya yang lebih kukuh dan mampan. Saya doakan Prof. dan Encik Akmal sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sentiasa berjaya dalam apa yang diusahakan. Prof. dan Encik Akmal telah mencipta lagi satu kenangan indah di Universiti Putra Malaysia. Pastinya saya akan merindui kenangan-kenangan ini suatu hari kelak....


Inilah ahli kumpulan yang selama 14 minggu berhempas-pulas menyiapkan tugasan yang melambak setiap minggu dan setiap hari isnin kena buat pembentangan tugasan yang dilakukan...huhuu





Inilah kami pelajar Linguistik Melayu yang mengambil subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 12 (Emoji dan Berswafoto Bersama Prof)

Assalamualaikum semua....Apa khabar?

Sekarang sudah masuk minggu-minggu akhir semester..lagi 3 minggu lagi nak habis...yeayyyyy....Tapi Prof ada bagi kerja juga....Jangan nak gembira sangat...huhuhu...Kali ini Prof suruh muat naik gambar emoji seperti yang ada dalam Whatsapp..Emoji-emoji yang sedia ada memang banyak dan comel-comel belaka..huhu..tetapi apa yang membuntukan akal ini adalah emoji apa yang mahu ditirunya..hihihi........Tugasan lagi satu adalah berswafoto bersama Prof...Tugasan ini nampak mudah tetapi mau mencari waktu senggang Prof itu yang tidak mudah....Nasib baiklah prof merupakan penguji semasa saya vaiva..Jadi peluang depan mata tidak akan saya lepaskan..heheehe

Jom tengok gambar-gambar tugasan kali ini!!!!!!!!! Mariiiiiiiii!!!!




Menjenggelkan bukan muka saya...hahahaha




Inilah Prof saya...Yang penting Prof like dan comment...Siap ber hai hai lagi dengan Dr Alia..hihi...comel meraka ini...Love you Prof..

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11 (Ibu dan Keberkatan)

Assalamualaikum wbt,


Kita jumpa lagi.......Kali ini tugasannya adalah mengenai ibu dan keberkatan...Ibu adalah segala-galanya...Lagi-lagi saya merupakan anak bongsu dan sentu sekali ke mana sahaja ibu pergi pastinya ada saya....huhuhu.....anak mak lah katakan....Apa pula keberkatan saya?? Keberkatan saya adalah pasanagn ibu iaitu ayah.. Tanpa keberkatan abah jugalah anak daranya yang sorang ini tidak akan berjaya sampai ke menara gading ini...Dengan tulang empat kerat tu jugalah abah membesarkan kami 6 adik-beradik.... Merekalah syurga saya...Saya sayang mereka..Saya sayang keluarga saya...

Mari kita lihat wajah-wajah insan yang amat bermakna dalam hidup saya..dan yang penting Prof komen dan like lagi............





BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 10 (Kelegaan dan Kegembiraan)

Assalamualaikum sahabat handai semuaa.........Diharap berada dalam keadaan yang baik-baik belaka.......


Apa yang buat saya lega??? Apa yang buat saya gembira??? Nak tahu?? Mari sini saya cerita..
Perkara yang paling menggembirakan dan melegakan saya sewaktu zaman belajar di UPM ini adalah dapat ditauliahkan dengan kerabat diraja....ia merupakan satu benda yang amat melegakan dan menggembirakan hati saya ini kerana segala apa yang saya lalui terbayar dengan adanya penghargaan sebesar itu. Saya juga lega dan gembira kerana berada dalam kalangan PALAPES UPM, Serdang kerana saya dikelilingi dengan orang-orang yang baik dan sangat tidak kedekut ilmu untuk berkongsi....Mari kita lihat sama-sama gambar apa yang menggembirakan dan melegakan saya!!!!!




Inilah gambar yang melegakan saya!!!! tapi apa yang penting adalah Prof suka senyuman saya..



Merekalah kegembiraan saya!!!!!! Walaupun kami susah sama-sama tapi kami gemira sama-sama juga.. Walau penat macam mana sekalipun kami tetap senyum dan gembira...kerana senyuman dan ikhlas itu tidak melelahkan..

BBM3410Satu: Instagram Minggu 9 (Keredaan dan Ketenangan)

Assalamualaikum wbt,

Masuk minggu ke-9 iaitu bulan konvokesyen. UPM, Serdang tidak ketinggalan menyambut atau  meraikan pelajar-pelajar yang baru sahaja bergelar graduat. Namun begitu, Prof kesayangan kami juga tidak ketinggalan meninggalkan kami dengan tugasan-tugasannya. Kali ini saya diberi tugasan untuk mengambil gambar-gambar yang menggambarkan keredaan dan ketenangan. Pada saya kedua-dua perkara ini amat penting dalam menjalani kehidupan sekarang. Iini kerana dalam kemerosotan ekonomi yang di alami kini dan situasi sekarang yang semakin ramai pesaing dalam segala urusan amat memerlukan keredaan. Setiap kerja yang dijalankan dengan keredaan pasti akan mendapat keberkatan dan apabila terlalu serabut atau tidak boleh menangani masalah yang mendatang, maka kita perlukan ketenangan pula. Tidak semestinya mahukan ketenangan perlu berlabur wang ringgit yang tinggi seperti bercuti..Kita juga boleh melihat pemandangan indah dan alam sekitar dan tentunya ia akan menyejukkan mata malah hati kita...Jadi berikut adalah muka-muka keredaan dan ketenangan saya...Mari kita saksikan...





Sis mengenang nasib jauh panjang nun sanaaaaa.....tapi sis reda dengan ketentuan-Nya.....Pasti ada hikmah semua ini berlaku.......




Biru sungguh air di hadapan hamba ini....sebiru baju hamba...tenang je....damai je..sejuk mata memandang...

BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Assalamualaikum wbt,

Dalam sejarah hidup 23 tahun ini tak pernah-pernah buat kalendar sendiri tetapi dalam kelas BBM3410 telah mengajar seketul Anira ini membuat kalendar sendiri... Terasa teruja dalam membuat kalendar2020 sendiri...Satu ilmu baharu yang digarap semasa bergelar mahasiswa ini... Terasa bersyukur kerana mengambil subjek ini... Bila sudah tahu bagaimana buat kalendar ini terasa seronok buat kalendar pula..huhuhu...Rasa bangga dekat diri sendiri bila kalendar telah siap dicetak..Lepas ini boleh la jual kalendar setiap tahun..hihi....

Sesiapa yang berminat untuk membeli kalendar atau membuat kalendar mengikut citarasa sendiri, mari mari hubungi saya...


















BBM3410Satu2019: Vlog Konvokesyen dan Vlog makanan

Assalamualaikum semua!! Apa khabar??

Kali ini saya jadi seperti artis-artis pula sekarang...sebab...sekarang saya kena buat tugasan Vlog pula. Memandangkan bulan lepas merupakan bulan konvokesyen, jadi kami ditugaskan melakukan vlog mengenai kemeriahan pesta konokesyen. Kami melalakukan vlog di dewan besar selama dua hari. Di sana suasana kemeriahan para mahasiwa yang bergraduat amat mengharukan lebih-lebih lagi dengan hadirnya keluarga-keluarga mereka. Saya yang melihat kejayaan yang mereka capai itu pun merasa terharu sangat kerana segala susah-payah, pahit getir sebagai mahasiswa terbayar dengan segulung ijazah dan kehadiran keluarga tersayang. Anda tertanya-tanya suasana kemeriahan pesta konokesyen UPM,Serdang bagaimana??Marilah bersama-sama tekan link di bawah ini!!!!!!


Malaysia memang terkenal dengan makanan. Ke mana-mana sahaja pasti akan jumpa makanan..Ini juga merupakan keistimewaan dalam negara ini. Oleh yang demikian, kami diberikan tugasan vlog lagi...tetapi kali ini vlog mengenai makanan..Kami diberi dalam beberapa kumpulan kecil dan dikehendaki memuat naik vlog tersebut dalam youtube individu.. Kami telah membuat vlog makanan di Bangi Gateway street...Kami pergi pasar malam di sana dan terdapat banyak pilihan makanan yang dijual di sana. Tertanya-tanya makanan apa yang ada???Moh ler kita tekan link bawah tu....Mari!! Mari!!!!