Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Assalamualaikum wbt dalam salam riang gembira,

Setiap insan pasti akan mempunyai memori-memori indah yang tercipta sepanjang hidupnya. Saya juga tidak ketinggalan mengukir setiap saat-saat memori yang baru di tempat yang baru. Memori yang terindah yang saya ukir dan sentiasa akan tersemat dalam ingatan saya adalah menjadi salah seorang warga Universiti Putra Malaysia. Di sinilah terciptanya segala kenangan manis, pahit, suka duka, cinta dan segala-galanya. Kehidupan sebagai mahasiswa banyak mengajar diri yang kerdil ini erti kehidupan, erti kesetiaan dan erti persahabatan. Tanpa orang sekeliling maka tiadah terciptanya kenangan terindah. Tambahan lagi penglibatan dalam PALAPES UPM banyak mengajar saya erti ketahanan diri, mental dan fizikal. Segala kenangan pahit, suka duka terukir sepanjang diri ini bergelar kadet PALAPES UPM sehinggalah setelah ditauliahkan menjadi Pegawai Muda. Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnianya ke atas rahmat yang melimpah-ruah dalam kehidupan ini.. Segala kenangan yang tercipta semasa diri ini bergelar mahasiswa UPM tidak akan dilupakan dan sudah tentunya akan merindui segalan kenangan yang telah diukir bersama rakan-rakan seperjuangan.

Selain dapat beraya dengan ahli keluarga tersayang menjadi satu memori yang terindah tetapi kenangan itu menjadi lebih menarik dan istimewa apabila mampu beraya bersama sahabat handai tersayang. Segala penat lelah belajar bersama dibayar dengan meluangkan masa bersama-sama melancong ke suatu tempat yang istimewa. Kenangan beraya bersama menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah ibu bapa angkat di Skinchan, Selangor merupakan  satu kenangan terindah kami 5 sekawan. Layanan yang istimewa diberikan kepada kami daripada keluarga angkat juga kami tidak akan lupakan. Hubungan kekeluargaan yang terjalin akan sentiasa diingati dan pastinya akan kembali ke sana pada satu masa akan datang. Keindahan pemandangan sawah padi yang terbentang leuas menghijau memberi seribu makna ketenagan dalam jiwa saya ini. Terasa tenang dan nyaman bila berada di kawasan perkampungan yang dikelilingi dengan sawah padi yang menghijau. Gelak tawa sahabat handai yang tersayang pasti tidak akan dapat dilupakan dan pastinya akan dirindui..

"jika kehidupan banyak membuat diri menangis, ingatlah bahawa ada ribuan kenangan indah yang membuat kita tersenyum"



No comments:

Post a Comment