Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Assalamualaikum wbt dalam salam riang gembira,

Setiap insan pasti akan mempunyai memori-memori indah yang tercipta sepanjang hidupnya. Saya juga tidak ketinggalan mengukir setiap saat-saat memori yang baru di tempat yang baru. Memori yang terindah yang saya ukir dan sentiasa akan tersemat dalam ingatan saya adalah menjadi salah seorang warga Universiti Putra Malaysia. Di sinilah terciptanya segala kenangan manis, pahit, suka duka, cinta dan segala-galanya. Kehidupan sebagai mahasiswa banyak mengajar diri yang kerdil ini erti kehidupan, erti kesetiaan dan erti persahabatan. Tanpa orang sekeliling maka tiadah terciptanya kenangan terindah. Tambahan lagi penglibatan dalam PALAPES UPM banyak mengajar saya erti ketahanan diri, mental dan fizikal. Segala kenangan pahit, suka duka terukir sepanjang diri ini bergelar kadet PALAPES UPM sehinggalah setelah ditauliahkan menjadi Pegawai Muda. Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnianya ke atas rahmat yang melimpah-ruah dalam kehidupan ini.. Segala kenangan yang tercipta semasa diri ini bergelar mahasiswa UPM tidak akan dilupakan dan sudah tentunya akan merindui segalan kenangan yang telah diukir bersama rakan-rakan seperjuangan.

Selain dapat beraya dengan ahli keluarga tersayang menjadi satu memori yang terindah tetapi kenangan itu menjadi lebih menarik dan istimewa apabila mampu beraya bersama sahabat handai tersayang. Segala penat lelah belajar bersama dibayar dengan meluangkan masa bersama-sama melancong ke suatu tempat yang istimewa. Kenangan beraya bersama menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah ibu bapa angkat di Skinchan, Selangor merupakan  satu kenangan terindah kami 5 sekawan. Layanan yang istimewa diberikan kepada kami daripada keluarga angkat juga kami tidak akan lupakan. Hubungan kekeluargaan yang terjalin akan sentiasa diingati dan pastinya akan kembali ke sana pada satu masa akan datang. Keindahan pemandangan sawah padi yang terbentang leuas menghijau memberi seribu makna ketenagan dalam jiwa saya ini. Terasa tenang dan nyaman bila berada di kawasan perkampungan yang dikelilingi dengan sawah padi yang menghijau. Gelak tawa sahabat handai yang tersayang pasti tidak akan dapat dilupakan dan pastinya akan dirindui..

"jika kehidupan banyak membuat diri menangis, ingatlah bahawa ada ribuan kenangan indah yang membuat kita tersenyum"



Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Sinopsis

Kisah ini menceritakan mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Alim yang sedang dalam perjalanan ke kampung halaman datuk dan neneknya di Kajang. Alim berasa gembira dan tidak sabar hendak bermain dengan binatang ternakan nenek dan datuknya. Setelah tiba di kampung tersebut, Alim berlari mencari binatang ternakan nenek dan datuknya tetapi malangnya binatang-binatang tersebut tiada di situ. Alim berasa sangat sedih lalu dia menagis. Nenek dan datuknya memujuknya dan menunjukkan bahawa binaang-binatang tersebut telah dipindahkan ke reban yang baru. Alim berasa riang kembali. Namun apabila memasuki kawasan rumah pula, Alim menangis kembali kerana dia berfikir bahawa rumah lama nenek dan datuknya telah musnah lalu sekali lagi nenek dan datuknya memujuknya kembali. Maka menjadi satu tanda tanya mengapa perilaku Alim sedemikian rupa. 


Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim.(2018c). Model Penceritaan Melalui Cerita Kanak-Kanak. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara.



           Menurut James A. Senn, multimedia terbahagi dalam beberapa elemen multimedia. Kompenan multimedia terdiri daripada teks, gambar, audio, video, animasi dan interaktif. Dengan kata lain, definisi multimedia ialah penggunaan media yang menggabungkan beberapa elemen informasi penyampaian seperti animasi, video, teks, suara, grafik serta gambar yang bersifat interaktif yang bertujuan menyampaikan informasi dan bukan hanya sekadar menyampaikan hiburan semata-mata kepada pembaca. Oleh itu, terdapat dua jenis multimedia iaitu multimedia linear dan multimedia interaktif. Multimedia Liner adalah jenis multimedia yang lurus sahaja di mana multimedia jenis ini biasanya boleh dilihat dalam semua jenis film, tutorial video, dan lain-lain manakala multimedia Interaktif adalah jenis multimedia yang mempunyai hubungan interaksi antara media dengan pengguna media melalui bantuan komputer, tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Multimedia linear berlangsung tanpa kawalan dari pengguna. Penggunaan multimedia liner hendaklah berturutan atau berkesinambungan dari awal sampai akhir. Sebagai contoh ialah Movie/filem, e-book, muzik, siaran TV.

Sekian, Terima Kasih.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Assalamualaikum wbt dan salam muhibah,

Saya doakan semoga hari ini anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. Pada hari ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai etika dalam penulisan blog. Sebelum saya memberi huraian lainjut mengenai etika penulisan blog, adalah lebih baik jika saya memberi definisi mengenai blog itu sendiri. Apa itu blog?. 

      Blog merupakan satu medium dialog antara penulis blog iu sendiri dengan pembaca blog lain dalam menyampaikan sesuatu idea atau hujah sama ada yang baharu atau lama. Setiap perkongsian yang dikongsikan boleh ditulis dalam bentuk formal dan tidak formal kerana ia bergantung kepada penulis blog itu sendiri. Namun begitu, penulisan blog ini tidaklah ditulis dengan sewenang-wenangnya kerana menurut Ferdig & Trammell (2004), penyelidik telah menggariskan panduan bahawa menulis blog hendaklah memenuhi syarat-syarat penulisan.

        Etika penulisan blog yang pertama ialah pemilihan tajuk yang menarik dan boleh menarik perhatian pembaca. Hal ini kerana tajuk merupakan pembuka bicara dalam setiap isi kandungan penulisan. Jika pemilihan tajuk yang menarik, ia mampu menarik ramai pembaca blog lain unuk membaca blog yang ditulis dan jika pemilihan tajuk yang tidak sesuai ia akan berlaku sebaliknya. Pemilihan tajuk penulisan yang digunakan hendaklah berkesinambungan dengan isi kandungan penulisan dan bukannya sewenang-wenang sahaja memilih tajuk yang sama sekali tidak ada kaitan langsung dengan isi kandungan yang mahu diceritakan. Tambahan lagi, cerita yang ditulis hendaklah menarik dan mampu menarik hati pembaca. Cerita yang ditulis hendaklah mampu dibaca dan difahami dan bukannya menulis mengikut suka dan hanya menulis sambil lewa mengikut nafsu penulis sahaja. Penulisan juga bukanlah daripada jenis  yang boleh mencetuskan isu-isu sentisitif atau perkauman. Penulis hendaklah cakna dengan setiap pemilihan kata yang dipilih agar tidak memberi mudarat di kemudian hari. Walaupun blog ini merupakan milik persendirian tetapi segala isu-isu yang sensitif hendaklah dielakkan kerana sebagai kita hidup serumpun hendaklah saling menghormati sensitiviti setiap masyarakat.

            Selain itu, etika penulisan blog yang kedua ialah kekreatifan penulis dalam menghuraikan blog masing-masing. Huraian yang baik dan berkesan mampu menarik minat pembaca blog dalam sesi pembacaan dan ia juga mampu memberi impak yang positif dalam setiap pembacaan pembaca. Huraian yang ringkas tetapi bermakna mampu menyampaikan mesej yang hendak disampai oleh penulis kepada pembaca secara lebih berkesan berbanding huraian yang panjang berjela tetapi tidak mampu menyampaikan mesej kepada pembaca. Oleh hal yang demikian, penulis hendaklah bijak dalam memilih perkataan dan menguunakan struktur ayat yang ringkas dalam penulisan blog agar pembaca lebih mudah untuk memahami setiap mesej yang hendak disampaikan. Setiap huraian yang diberikan hendaklah mempunyai hujah yang terbaik dan penulis hendaklah mengaitkan dengan berita terkini. Hal ini kerana ini merupakan salah satu cara pendekatan yang boleh dilakukan agar pembaca lebih gemar membaca penulisan yang ditulis kerana bukanlah hanya sekadar humor atau lawak jenaka sahaja tetapi ia juga mengandungi fakta.  Justeru itu, penulis blog hendaklah berhati-hati semasa menulis dan sentiasa memikirkan sensitiviti orang lain (Normaliza Abd Rahim, 2014). 

               Seterusnya etika penulisan blog yang ketiga ialah memasukkan moral dan nilai estetika dalam setiap penulisan. Perkara ini sangat perlu dalam setiap penulisan kerana penulisan yang baik adalah penulisan yang bebas daripada unsur-unsur negatif. Setiap penulisan yang ditulis hendaklah dapat memberikan manfaat kepada pembaca, memberi nilai-nilai pengajaran kepada pembaca dan yang lebih penting sekali adalah mampu mempengaruhi pembaca melakukan kebaikan sejajar dengan tuntutan agama. Ini kerana setiap penulisan yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman penulis itu sendiri dan daripada pengalaman penulis itu sendiri mampu menjadi pengajaran kepada pembaca kelak. Tambahan lagi, seorang penulis yang baik hendaklah mempunyai disiplin yang baik dan kreatif dalam penyampaian dalam penulisan. Ini kerana setiap perkataan yang digunakan mempunyai nilai estetika atau nilai keindahan yang tersendiri. Keindahan pemilihan kata yang digunakan mampu mancuit hati pembaca dan secara tidak langsung mesej yang hendak disampaikan tercapai. 

Kesimpulannya, penulisan blog yang baik ini bukanlah sesuatu yang susah kerana jika kita memenuhi etika penulisan blog yang baik seperti yang disenaraikan di atas, maka terhasillah satu penulisan yang sempurna dan mampu memberi manfaat kepada pembaca. Oleh hal yang demikian, setiap penulisan yang ditulis menjadi satu wadah interaktif anatara pembaca dan penulis yang berkesan.

Sekian, Terima Kasih.

Friday, September 20, 2019

BBM3410Satu2019:SAYA FAHAM

Lagu & Lirik Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia

Saya Faham

Saya kata " Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
untuk mereka



BBM3410Satu2019:Diri

Assalamualaikumussalam wbt.

Nama penuhku Anira Binti Mohd Bhohari. Aku dilahirkan Hospital Kubang Kerian, Kelantan tetapi kini aku menetap di Batu Pahat, Johor. Aku mempunyai enam orang adik-beradik dan aku merupakan anak bongsu dalam keluarga. Aku suka membaca buku dan bersiar-siar. Aku juga merupakan salah seorang mahasiswa daripada Universiti Putra Malaysia dan mengambil jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Kini, aku merupakan pelajar tahun akhir di sana dan mengambil minor seni persembahan. Aku harap dapat bergraduasi bersama rakan-rakan pada tahun 2020..

" Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"


Sekian, Terima Kasih.